Keaslian Injil ‘Isa al-Masih

: Keaslian Injil ‘Isa al-Masih
:
:Apakah Kitab Injil orang Kristian telah diubah!
:Orang Muslim bertegas bahawa “Injil yang asli” akan
:1. mewasiatkan kedatangan nabi Muhammad.
:2. Kitab Injil yang asli tidak akan memanggil Isa Al-Masih “Anak Allah.”
:3. Al-Quran mengajar bahawa Isa Al-Masih tidak disalibkan sebaliknya dalam Injil penyaliban Isa Al-Masih ialah fokus utama.
:
:Oleh kerana perbezaan-perbezaan yang jelas seperti ini, umat Islam percaya bahawa Injil yang Allah telah berikan kepada Isa Al-Masih, telah hilang.
:Idea bahawa Kitab Suci orang Kristian telah diubah adalah satu fahaman biasa antara orang Islam dan sedikit sebanyak disebabkan oleh percanggahan antara Al-Quran dan Alkitab. Pakar-pakar agama Islam selalu menunjukkan kepada berbagai terjemahan Alkitab yang ada dan perbezaan yang ada dalam salinan manuskrip-manuskrip Alkitab sebagai bukti tuduhan mereka benar. Pakar2 Islam ini sering memetik pernyataan-pernyataan mereka2 yg mengaku sebagai pakar-pakar agama Kristian dan menggunakan kritikan teksnya sebagai bukti orang Kristian pun mengaku Alkitab mereka tidak asli.
:
:Untuk membincang tuduhan ini, adalah penting untuk kita memahami bagaimana Al-Quran ditulis supaya diperoleh satu perbandingan yang betul dan benar dapat dibuat. Kesemua wahyu yang diterima Muhammad adalah secara lisan. Pengikut-pengikut Muhammad menulis mesejnya atas apa-apa mesej yang ada.
:Pengumpulan semua benda bertulis ini menjadi perlu apabila Muhammad meninggal dunia pada TM 632.
:
:Tradisi mengatakan
:
:1. bahawa Umar ibn-al-Khattab, yang kemudiannya menjadi Khalif pada TM 634, telah pergi berjumpa Abu Bakar dan mencadangkan supaya wahyu-wahyu tertulis itu dikumpulkan.
:
:2. Abu Bakar melantik Zayd ibn-Tabit untuk melakukan tugas itu.
:
:3. Zayd mengumpul bahagian-bahagian Al-Quran dari keping-keping papirus, batu leper,
:dahan-dahan pohon palma, tulang bahu dan rusuk binatang, kepingan kulit, kepingan kayu dan hati manusia.
:
:4. Setelah kematian Abu Bakar, koleksi ini diberi kepada Umar yang memberinya kepada anak perempuannya Hafsa.
:
:5. Dalam tahun 650, Khalif Uthman melantik Zayd dan 3 orang Mekah untuk membuat satu lagi koleksi Al-Quran menggunakan bahan-bahan yang dimiliki Hafsa.
:
:6. Koleksi baru ini lengkap dan salinan yang sah telah dihantar ke semua pusat-pusat empayar Islam. Arahan diberi supaya semua teks lain dimusnahkan. Al-Quran yang dibaca hari ini oleh orang Muslim sedunia ialah teks Uthman yang sah.
:Orang Muslim umumnya tidak sedar adanya salinan-salinan lain teks Al-Quran pada mulanya. Mereka cepat mengkritik orang Kristian tentang salinan-salinan teks yang berlainan dan ada masanya berbeza. Hakikatnya, ialah dalam penyampaian Al-Quran dan Alkitab, jumlah kesalahan teks merupakan satu perkara kecil dan tidak mengubah akidah-akidah utama makna2 arti tersirat Alkitab.
:
:Orang kristian boleh yakin bahawa Alkitab telah disampaikan dengan tepat dan betul. Contohnya, penemuan Skrol-skrol Laut Mati mengesahkan keaslian Kitab Yesaya dalam Perjanjian Lama. Skrol Yesaya dari 125 Sebelum Masehi membuktikan ketepatan teks Masoretik yang bertarikh kira-kira 916 Selepas Masehi. Skrol dalam bahasa Ibrani ini sedang dipamerkan sekarang di Yerusalem.
:
:Pakar-pakar Alkitab berkata bahawa skrol Yesaya itu adalah sebanyak 95% persamaan, kata demi kata dengan Alkitab Ibrani hari ini. Perbezaan 5% itu termasuklah kesilapan penulisan, pencatatan dan perbedaan dalam ejaan.
:
:Tahap ketepatan yang sama juga diamalkan dalam penyalinan manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru. Tidak ada manuskrip kuno yang telah dipelihara dengan begitu baik, seperti mana yang dibuat dengan Alkitab. Kerana adanya lebih 1400 manuskrip Injil dalam bahasa Yunani, salinan-salinan serta petikan-petikan dari bapa-bapa gereja, keaslian teks Alkitab dapat disahkan. Walaupun ada perbezaan-perbezaan kecil dari segi ejaan dan terjemahan, lebih 90% daripada manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru adalah sama. Perbezaan yang kecil ini tidak mengubah akidah Kristian yang utama.
:Adalah jelas masalah perbezaan dalam teks dalam Al-Quran tidak ada kerana semua teks yang lain telah dimusnahkan! Orang kristian, sebaliknya, telah memelihara semua teks yang ada (termasuklah yang mempunyai sedikit perbezaan) kerana mereka pasti bahawa mesej yang telah diilhamkan Allah tidak boleh diubah melalui kesilapan huruf atau ejaan. Juga kita harus ingat bahawa Injil/ Firman yang benar bukan hanya yang tertulis, tetapi yang hidup, iaitu Isa Al-Masih sendiri! Injil adalah satu kesaksian kepada Isa Al-Masih sebagai Firman Allah yang hidup..
:
:Masalah sebenar dalam tuduhan ini ialah tentang tafsiran Kitab yang ada. Apabila seorang Muslim berkata, “Injil anda telah diubah!”, adalah baik dia diingatkan kenyataan ini yang tertulis dalam surah Haamiim As-Sajdah 41:43,
:
:Apa-apa yang dikatakan orang kepada engkau (ya Muhammad) tidak lain, hanya (seperti) apa-apa yang telah dikatakan orang kepada rasul-rasul sebelum engkau.
:
:Menurut Al-Quran, Muhammad tidak membawa satu wahyu baru. Dia hanya seorang yang memberi amaran dan peringatan tentang semua yang Allah sudah nyatakan dalam Taurat dan Injil.
:
:Ini disahkan dalam surah Ali ‘Imran 3:3,
:Dia menurunkan Kitab (Quran) kepada engkau (ya Muhammad) dengan sebenarnya serta membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil.
:Idea yang salah bahawa Alkitab telah diubah mungkin telah menjadi satu fahaman popular umat Muslim kerana salah faham teknik “penggantian” (an-nasikh wa-l-mansukh) yang dipakai Muhammad untuk menggantikan satu petikan dalam Al-Quran. Hal ini dinyatakan dalam surah An-Nahl 16:101,
:
:Apabila Kami tukar ayat (keterangan, mukjizat) pada tempat ayat yang lain, sedang Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya, mereka berkata: Hanya engkau (ya Muhammad) orang mengada-adakan (dusta). Tetapi kebanyakan mereka tida mengetahui.
:Ini seterusnya dijelaskan dalam surah Al-Baqarah 2:106,
:Apa-apa ayat (mukjizat) yang Kami ubah atau Kami lupakan (kepadamu), Kami datangkan (gantinya) dengan yang lebih baik dari padanya atau yang seumpamanya. Tidakkah engkau tahu, bahawa Allah Mahakuasa atas tiap-tiap satu?
:
:Pentafsir-pentafsir Muslim membenarkan penggantian ini atas dasar “pewahyuan progresif” dan telah menggubal satu sistem mentarikhkan ayat-ayat Al-Quran untuk menentukan yang mana diwahyukan terlebih dahulu. Kerana itu kata-kata Mekah dan Madinah diselitkan pada setiap surah dan juga kepada sesetengah ayat.
:
:Ada tuduhan-tuduhan dalam Al-Quran bahawa orang Yahudi dan Kristian telah menggubah atau menyembunyikan maksud Kitab mereka. Walau bagaimanapun, tidak ada ayat yang menyatakan teks Kitab suci mereka telah diubah. Allah setia kepada FirmanNya dan Dia telah berjaya melindungi FirmanNya dari apa-apa kesalahan. Ini disahkan oleh Yusuf Ali apabila dia berkata,
:
:Adalah elok jika umat Muslim menghormati Alkitab hari ini (Perjanjian Baru dan Lama), walaupun mereka menolak syahadat-syahadat serta pendirian tersendiri dan unik yang diajar oleh orang Kristian dan Yahudi ortodoks.
:
:Saling hormat-menghormati akan Kitab-kitab Suci masing-masing adalah sangat penting dalam dialog yang sehat ketika mempelajari mana-mana kitab suci masing-masing. Seorang Kristian boleh menerima Al-Quran dengan serius sebagai Kitab yang menggalakkan kepercayaan orang Muslim. Dengan cara yang sama, orang Muslim patut menghormati Kitab Bible orang Kristian. Kedua-dua pihak mesti setuju bahawa kitab-kitab ini telah diterima tanpa apa-apa perubahan atau kesalahan besar ketika diserahkan kepada generasi-generasi seterusnya.
:
:Ini tidak mengikat seseorang untuk mempercayai isi kandungan Kitab itu sehingga dia sendiri telah mempelajarinya. Saya percaya seorang Kristian boleh yakin bahawa Alkitab akan memberi kesaksian yang jelas kepada wahyu Allah yang telah disampaikan melalui Isa Al-Masih.
:
:
:Sudahkah anda membaca Alkitab dan melihat kesaksian ini?

:

:

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: